Assalamualaikum semua .
Akhirnya setelah sekian lama menyepi , Strong Woman Do Bong Qil kini kembali dengan comeback terbarunya muahahahaha. Okay sorry melalut kejap 😈. Ada ke yang menantikan aku post entry baru ? I bet takde orang yang nantikan kan ? Tapi apadahel , aku nak jugak post entry baru sebab dah setahun lebih daku menghilangkan diri dari dunia blog ku 😂. Okay kali nie nak kongsi cite pasal dinner jabatan kitorang iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik Elektronik dan Sistem yang lebih dikenali dan femes dengan singkatannya (JKEES).
Hari dinner , fuhh moment takleh lupa , kemain lagi plan nak naik kereta sekali ngan kawan Dila, Pastuh tetiba Dila call cakap kereta Jiha takleh nak hidup, dan dengan sepantas kilatnya Amal mencapai fonnya dan terus book Uber. Satu hal pulak jadi, Uber sesat masuk UKM dalam 15 minit jugak kitorang tunggu. Pastuh Uber tu call cakap suruh cancel je haiyaa mana tak panasnya 15 minit kot tunggu okay dengan bajunya meleret macam orang nak kawin 😑pastuh ingat nak request Jom Tumpang UKM tuptup tetiba pulak Uber tadi dah ade depan busstop, nasib tak request lagi masa tu.
Sampai je dewan tu, tengok dalam dewan dah penuh punyalah lambat sampaikan nak cari no meja pon dekat 5 min 😂 Nak jalan sampai meja tu dahlah kena lalu red carpet fuhh rasa macam nak gi amek award pulak haa. Tapi serius gua segan masa lalu red carpet tu sebab lambat satu pastuh sebab masa tu Prof Bahiah tengah bagi ucapan kat podium depan tu. Daku tebalkan muka ku saja 😅 Habis makan , tengok persembahan, apa lagi haa , aktiviti berselfie pon bermula lah! Gambar aku sertakan kat bawah ye.
Assalamualaikum ,
Hi gais . So , harini aku nak cerita tentang life aku sekarang which is life yang quite stress every semester , life masa degree . (Ceitt , cakap macam dah nak habis 8 semester) . Aku dah lama nak buat entry pasal nie tapi tak berkesempatan tambah lagi dengan wifi yang agak slow di Kolej Pendeta Zaba ini . Pasrah jelah hidup ini even dah bayar yuran wifi pon still takleh pakai . Nasib lahhhhhh .
So straight to the point sekarang aku dah masuk sem 2 di alam degree , course Kejuruteraan Komunikasi dan Komputer , Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina , Universiti Kebangsaan Malaysia. Alhamdulillah rezeki sebab dapat sambung pengajian even result kat matriks takdelah gempak sangat macam member-member aku yang lain. Kenapa pilih engineering padahal aku minat medic ? Sebabnya adalah sebab result masa matrik itu , Biology aku tak berapa boleh diterima . Sedih weh subjek paling aku minat masa SPM tak dapat A. Paling mengejutkan apabila subjek paling aku tak suka , boleh pulak perform sikit haish . Tapi , course yang aku amek sekarang adalah sangat tough bagi aku sebab course nie banyak jugak relate dengan elektrik elektronik, dan course ini adalah satu benda yang baru bagi aku as selama nie aku tak terfikir dan tak minat langsung nak amek engineering . Mungkin nie ada hikmah nya , kenapa Allah tentukan aku dapat course nie .
Bila dah masuk alam universiti nie , macam-macam buat aku rasa baru dan alam universiti tak sebahagia yang kita bayangkan macam dalam novel-novel cinta hahaha. Alam u sangat busy dan dipenuhi dengan assignments dan bila dah nak habis sem je , lecturer akan bagi bertimbun2 assignment tak lupa jugak dengan project2 yang membuatkan aku rasa stress tahap 9999x sampai kau akan rasa nak menangis je sepanjang tempoh tu.#Hiperbola . Yang aku paling suka adalah bila aku dapat kawan yang boleh ngam ngan aku even mula-mula nak kenal tu , haih kemain awkwardnya memasing hahahaha . Sekarang nie pon aku rasa , kitorang jugaklah yang paling bising dalam kelas dan paling poyo kot hahahahahaha. Tapi bagi aku diorang sangat bagus sebab diorang selalu ingatkan aku apa aku perlu buat dan kekadang ada lah jugak bagi nasihat sikit sikit kan . P/s : aku kawan ngan kakak-kakak yang suka bagi nasihat kekadang suka buli aku sebab diorang jeles kahkahkah
Tapi satu je , masuk alam u nie , jangan lupa parents betapa susahnya mereka , terutamanya bila mereka sanggup nak datang hantar aku jauh-jauh nak suruh aku belajar biar dapat kerja elok2 haih tetiba pulak rasa berhabuk mata nie . Rindu nya ma abah , tapi sebelum habis tulis entry nie , nah akak payung gambar masa first2 masuk UKM sem lepas . Wkwkwkwkwk selamat malam
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua !
Haih dah lama sangat aku tak membebel sorang-sorang dalam nie . Kalau perasan , tarikh harini dengan tarikh last aku post entry is about almost 1 year kot . Sebabnya adalah aku terlalu busy dengan kehidupan belajar sampaikan tak larat atau lebih dekat lagi (MALAS) nak update post kat blog especially zaman matrikulasi yang hampir setahun lebih berlalu . Oh rindunya bila terkenangkan balik zaman matrikulasi dulu hmm . P/s :Bukan hiperbola , tetapi fakta ><
Matriculation 's life is quite tough tapi kalau boleh endure and pickup apa yang kita belajar selama setahun tu InshaAllah korang akan pass with flying colours . Dalam masa setahun tu , banyak benda aku belajar . Especially tentang teamwork dalam praktikum (kelas) sendiri and ofcourse friendship yang aku bina even dalam masa singkat tu .
Nak diceritakan , aku dapat teruskan pengajian di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) lepas SPM , okaylah tu kan dapat matriks sebab result aku pon bukan gempak sangat nak ditawarkan ke asasi or mana-mana sponsorship . Masa nie tahun 2014 tak silap , so aku masuk matrikulasi untuk sesi 2014/2015. Sebenarnya aku taknak pon belajar jauh jauh sebab menyusahkan banyak pihak . Tapi nak buat macam mana , terpaksa sebab dah tade tawaran lain(even dapat ipg , aku reject hahaha) . Lagipon , kawan rapat aku boleh temankan dan satu kebetulan adalah bila bilik masing-masing sebelah menyebelah. Kahkahkah.
![]() |
| Nie time pertandingan memasak . Geng galah panjang hahaha |
Bila first2 masuk , ofcos lah kan ade minggu orientasi . Bagi aku minggu tu lah minggu yang paling aku tak suka sebab kau akan pakai kasut hitam kulit yang baru sepanjang satu minggu tu dan semestinya membuatkan kaki kau melecek kahkahkah tambah lagi dengan fasi-fasi yang teriak sana , teriak sini suruh buat itu , buat ini , ade roll call hampir tiap2 malam pukul 3 baru boleh tidur then kena bangun , nak mandi berebut2 tandas sampaikan ade yang tak mandi hahahaha . Bila habis je orientasi , haaa kemain lagi tido sampai tak ingat dunia wehh hahahaha .
Then masuk kelas atau kat sana lebih dikenali kumpulan praktikum dimana bilangan pelajar dalam praktikum tu sangat sikit which is student lelaki ade 5 orang je kot student perempuan ade 16 orang untuk modul 1(pure science subjek maths , fizik , chemistry dan biology) . Tapi its worth sebab lecturer sangat tumpukan students-students . Dan selama setahun itu , seketul Syafiqah Aqillah tidak dapat struggle dengan baik sebab maybe homesick atau sebab godaan kawan2 yang boleh dikatakan gila-gila semua hahahaha . Aku yang dari first2 takde geng dalam kelas , tetiba ade geng sekepala gila-gila gelak sesama and maybe geng paling annoying kot dalam kelas sebab selalu je terpekik terlolong , selfie sana , selfie sini . Balik kelas je , pergi beli aiskrimlah , lepak kat cafe Orion lah , macam-macam ade hahahaha .
Tapi bila dah masuk degree nie , rindu tu makin membuak-buak sebab banyak benda yang kitorang lalui sampaikan pernah sekali kitorang buat sorang lecturer nie merajuk sebab ramai tak datang kelas ganti . Kesian kat sir , lepastu kemain pujuk sir yerrr hahahaha . Rinduu gila weh , bila nak reunion ? Even ade group whatsapp pon , semua senyap je sebab memasing busy . Memasing terpisah . Tunggu dalam 4 tahun lagi ade laa kot planning nak reunion tu InshaAllah . Harap2 nya ade laa ye . Rindu KMS , rindu SM1K2T1 , rindu Intan , rindu Mek , rindu Nora , rindu Thari , rindu Alia !
So hai , assalamualaikum .
Dah lama agaknya aku tak update blog aku nie . Almaklumlah dak2 matriks busy mengalahkan dak2 degree hahaha .
Assalamualaikum kakak-kakak , adik-adik , sahabat handalan . Hahah *Mood Baik Nie*
Yow , amacam ?Sihat tak hari nie ? Kalau tak sihat pergi klinik , makan ubat yee . Hehe . Okay , hari nie aku nak cerita pasal hobi baru aku . Baru hari nie je start . Best tau . Lain kali nak buat lagi .. Hihihi ^^
Apa hobi aku ? Haa , sabaq naa , nie nak kasitau la nie . Okay . Hobi baru aku adalah melukis . Yup, drawing . Drawing kawaii manga anime character ! Acano boleh berminat nak melukis ? Haha , tadi search Youtube pasal kawaii , lepas tu terjumpa laa satu video nie yang buat tuto nak lukis kawaii anime . Lepas tengok satu video tu , terus ke video lain . Then , download semua yang ada . Hahaha . Maklum laa kan , wifi punya line laju tadi . So , apa lagi , download laa kan . Chance tu datang sekali je seminggu . LOL .
Okay , lepas aku download video tutor kawaii tuhh , aku pon watched and try buat sendiri . And guess what ? Ternyata drawing aku menjadi . Yipeeeee !!! Haha , dalam masa sehari nie aku dah lukis 4 character kawaii kot . Tapi yang simple simple je sebab aku nie baru beginner . Hehe , and aku baru tau yang aku punya kelebihan melukis . Haha , sebelum nie tak tahu pon . Hihihi .
Nak tengok drawing ? Boleh boleh , tapi nnti dulu yee , sbb gambar ada dalam phone . Tak transfer lagi kat laptop . Nnti lah lain kali aku buat entry and letak drawing aku tu yee ? Okay , tu jee kot yang aku nak share untuk entry kali nie . Terima kasih kerana sudi baca ^^
Assalamualaikum !

















