ZAMAN KEGEMILANGAN , ZAMAN MATRIKULASI

04:13


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua !

    Haih dah lama sangat aku tak membebel sorang-sorang dalam nie . Kalau perasan , tarikh harini dengan tarikh last aku post entry is about almost 1 year kot . Sebabnya adalah aku terlalu busy dengan kehidupan belajar sampaikan tak larat atau lebih dekat lagi (MALAS) nak update post kat blog especially zaman matrikulasi yang hampir setahun lebih berlalu . Oh rindunya bila terkenangkan balik zaman matrikulasi dulu hmm . P/s :Bukan hiperbola , tetapi fakta ><

   Matriculation 's life is quite tough tapi kalau boleh endure and pickup apa yang kita belajar selama setahun tu InshaAllah korang akan pass with flying colours . Dalam masa setahun tu , banyak benda aku belajar . Especially tentang teamwork dalam praktikum (kelas) sendiri and ofcourse friendship yang aku bina even dalam masa singkat tu .

   Nak diceritakan , aku dapat teruskan pengajian di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) lepas SPM , okaylah tu kan dapat matriks sebab result aku pon bukan gempak sangat nak ditawarkan ke asasi or mana-mana sponsorship . Masa nie tahun 2014 tak silap , so aku masuk matrikulasi untuk sesi 2014/2015. Sebenarnya aku taknak pon belajar jauh jauh sebab menyusahkan banyak pihak . Tapi nak buat macam mana , terpaksa sebab dah tade tawaran lain(even dapat ipg , aku reject hahaha) . Lagipon , kawan rapat aku boleh temankan dan satu kebetulan adalah bila bilik masing-masing sebelah menyebelah. Kahkahkah.

Nie time pertandingan memasak . Geng galah panjang hahaha

   Bila first2 masuk , ofcos lah kan ade minggu orientasi . Bagi aku minggu tu lah minggu yang paling aku tak suka sebab kau akan pakai kasut hitam kulit yang baru sepanjang satu minggu tu dan semestinya membuatkan kaki kau melecek kahkahkah tambah lagi dengan fasi-fasi yang teriak sana , teriak sini suruh buat itu , buat ini , ade roll call hampir tiap2 malam pukul 3 baru boleh tidur then kena bangun , nak mandi berebut2 tandas sampaikan ade yang tak mandi hahahaha . Bila habis je orientasi , haaa kemain lagi tido sampai tak ingat dunia wehh hahahaha .

   Then masuk kelas atau kat sana lebih dikenali kumpulan praktikum dimana bilangan pelajar dalam praktikum tu sangat sikit which is student lelaki ade 5 orang je kot student perempuan ade 16 orang untuk modul 1(pure science subjek maths , fizik , chemistry dan biology) . Tapi its worth sebab lecturer sangat tumpukan students-students . Dan selama setahun itu , seketul Syafiqah Aqillah tidak dapat struggle dengan baik sebab maybe homesick atau sebab godaan kawan2 yang boleh dikatakan gila-gila semua hahahaha . Aku yang dari first2 takde geng dalam kelas , tetiba ade geng sekepala gila-gila gelak sesama and maybe geng paling annoying kot dalam kelas sebab selalu je terpekik terlolong , selfie sana , selfie sini . Balik kelas je , pergi beli aiskrimlah , lepak kat cafe Orion lah , macam-macam ade hahahaha .

   Tapi bila dah masuk degree nie , rindu tu makin membuak-buak sebab banyak benda yang kitorang lalui sampaikan pernah sekali kitorang buat sorang lecturer nie merajuk sebab ramai tak datang kelas ganti . Kesian kat sir , lepastu kemain pujuk sir yerrr hahahaha . Rinduu gila weh , bila nak reunion ? Even ade group whatsapp pon , semua senyap je sebab memasing busy . Memasing terpisah . Tunggu dalam 4 tahun lagi ade laa kot planning nak reunion tu InshaAllah . Harap2 nya ade laa ye . Rindu KMS , rindu SM1K2T1 , rindu Intan , rindu Mek , rindu Nora , rindu Thari , rindu Alia !


                                         Salam sayang dari seketul Qillah , Muehehehehe

APA ERTI KAWAN ?

11:27

 
So hai , assalamualaikum .

Dah lama agaknya aku tak update blog aku nie . Almaklumlah dak2 matriks busy mengalahkan dak2 degree hahaha .

   And may I proceed by introducing my new character , maksud aku , aku bukanlah seorang manusia yang karakternya kebudak-budakan macam dulu . In Sya Allah aku boleh dianggap agak matang jugaklah sebab aku dah masuk tahun last untuk tahun belasan . So , sudah terang lagi bersuluh , umur aku 19 dan study di Kolej Matrikulasi Selangor saja .  Rasanya setakat nie je kot part introduce diri sndri hahaha .

   Okay back to our topic . Apa itu kawan atau dengan lebih rare lagi sahabat ? Adakah kawan nie benda yang boleh kau kutip time kau senang , lepastu buang time kau susah ? Atau , kawan nie sebenarnya adalah satu perkataan atau istilah yang kita rasa biasa ?
Hurm , semua orang ade kawan kan ? Tak kiralah yang biasa2 ke yang kamching gila gila selalu gelak sesama ke . Tapi korang pernah tak rasa bila kau susah , ade sesetengah tu menjauhkan diri , lepas tu bila kau senang balik , bukan main lagi dia datang buat macam takde pape je sebelum nie ? Pendapat aku , nie bukan kawan sejati namanya , sebaliknya aku beranggapan mereka sebegitu hanya lah kawan yang suka mengambil kesempatan . Apa mahu buat ? Nak gaduh tak boleh , sebab nanti nampak sangatlah kan tak professional hahaha . Berdasarkan pengalaman aku , diam itu lebih baik sebenarnya daripada berkata-kata . Biar sakit mana hati tu pon , sabar . sabar wahai hati . Bukankah sabar itu indah ?

   Tak semestinya semua jenis kawan macam apa yang aku nyatakan kat atas . Ade jugak kawan yang sudi mendengar , sudi membantu time susah , tapi maybe dalam amaun yang sedikit . Sebab memang susah nak cari kawan macam nie zaman sekarang. Tapi nak diceritakan , aku ade sorang kawan kat matriks . Fuhh dia memang baik . Baik sngat . Aku anggap dia kawan baik aku sebab kemana saja kami pergi kami berdua . Sebenarnya kami ade geng , tpi entahlahh , dah tak rapat macam dulu . So , kitorang rapat dua orang jelahh . Sedih kan . Tapi takpe , kawan aku yang sorang nie memang baik . Time aku susah , takde duit ke , tak siap homework ke , dia selalu bantu aku . Bagi aku kawan macam nie laa yang aku cari . Dah lama dah aku cari jenis yang macam nie . Nasib baik dapat jumpa kat matriks . Hikshiks

   Thanks beb even ko suka gelak , and aku menyampah bila kau gelak sebab gelak kau kuat sangat boleh pecah gegendang telinga aku haha , kau still bantu aku walaupun aku susah . Thanks jugak sudi jadi kawan aku walaupun aku tak seberapa . And also thanks sebab terima aku seadanya .
Jadi moral of the story , nak pilih kawan memang susah . So kena kenal dulu hati budi masing masing . Baru laa tahu mana satu intan mana satu permata . Ibarat nak pilih pakwe/makwe lahh .  Bila dapat yang baik , jagalah hubungan itu . Jangan sampai gaduh sebab benda remeh .

   Okaylah tu je kot entry kali ini . Saya ngantuk esok kelas pukul 8 pagi. Baiii !