Go Green Voluntourism & Hutan Lipur Jeram Toi

09:52

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Haa kali nie aku nak cite pengalaman aku join program sukarelawan selama satu hari di Hutan Lipur Jeram Toi, Jelebu, Negeri Sembilan iaitu program GO GREEN VOLUNTORISM . Okay program tu sebenarnya anjuran UKM-CESMED dan terbuka kepada 120 orang peserta kalau tak silap aku. Program nie aku join pon sebab ade kawan ajak, dah kalau orang ajak, apa lagi aku pon eksaited laa , lagi lagi bila dengar ade makanan free pastuh pengangkutan pulak disediakan untuk ke sana. Alang-alang isi masa lapang waktu weekend kan huhuhu. Dan, untuk sape sape yang join program nie akan jadi ahli kosiswa dan dapat kad diskaun kedai kosiswa dekat pusanika ukm dan kena bayar just 5 ringgit je untuk sekali daftar. Bila dapat tahu tu, apa lagi terus bagi nama daftar terus.

Lepas daftar nama, aku pon di jemput masuk group whatsapp untuk program tu dan akak yang uruskan program tu, share tentatif dimana kitorang kena gotong-royong bersihkan kawasan hutan lipur tu dan ditugaskan untuk menceriakannya. Yang paling best sekali bila akak tu suruh bawa towel dan baju lebih sebagai persediaan. Dalam hati aku, yeayy boleh mandi air terjun! Jakun kejap sebab dah lama tak mandi air terjun kah!

Dalam pukul 7 pagi hari sabtu masa tu bas zon 2 takde dan kitorang kena berkumpul dekat Fakulti Ekonomi Pengurusan(FEP) dan lepas berbincang dengan kawan aku tu, kitorang decide nak jalan kaki je dari kolej Zaba pergi sana. Nampak tak kegigihan tu haa amek kau. Aku yang kurus lagi tak fit pon mengah masa naik bukit zaba itu. Haish. Jalan dalam 20 minit jugak kot baru sampai FEP fuhhh penat den nasib pi hutan tu naik bas kalau jalan kaki mahu pengsan dulu aku kah!

Bila sampai je kat hutan lipur tu, kitorang diberikan sarapan dan taklimat pasal program tu dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada kumpulan yang kena tanam pokok, ada yang kena bersihkan daun2, kutip sampah, dan untuk yang kreatif, kena buat slogan dekat tong sampah nak encourage orang taknak bagi buang sampah merata-rata. Dan aku masuk group yang kena kutip sampah dengan bersihkan daun kering. Takdelah penat sangat biasa biasa jee haa sebab ramai yang tolong.





After habis buat kerja, dalam pukul 12.30 tengahari, diorang bagi lunch dan yang paling best kitorang dengar adalah kamu dibenarkan mandi air terjun sampai 2.30 yuhuuuu. Aku, apalagi habis makan terus pi kat air terjun tu siap panjat bukit nak mandi air terjun paling atas haaa. Sampai atas tu je nampak air terjun tu rasa macam hilang stress gua kah! Tapi part paling seksa nak turun tu, tetiba kaki aku cramp YA ALLAH sakit dia tu sampai aku terduduk dalam 3 min jugak woih pastuh baru boleh jalan balik. Pastuh terus pi toilet tukar baju, solat then dalam pukul 3 petang tu baru balik. 

Best wehh pi sana , tak rugi aku join program tu. Kalau nak tahu Hutan Lipur Jeram Toi nie ada Taman Ular Sawa tapi tak berkesempatan nak tengok sebab motif datang sini nak toling gotong royong je okayy. Kalau nak tahu best ke tak kena laa pergi dulu hokayy tak rugi pon weh! Trust me!

You Might Also Like

0 comments

Kalau sudi , comment laa sini ^_^