Dinner JKEES 2017 Untuk Pertama Kalinya

03:56

Assalamualaikum semua .


    Akhirnya setelah sekian lama menyepi , Strong Woman Do Bong Qil kini kembali dengan comeback terbarunya muahahahaha. Okay sorry melalut kejap 😈. Ada ke yang menantikan aku post entry baru ? I bet takde orang yang nantikan kan ? Tapi apadahel , aku nak jugak post entry baru sebab dah setahun lebih daku menghilangkan diri dari dunia blog ku 😂. Okay kali nie nak kongsi cite pasal dinner jabatan kitorang iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik Elektronik dan Sistem yang lebih dikenali dan femes dengan singkatannya (JKEES).

    Kalau nak tahu, dinner nie baru dirancang buat pertama kalinya pada tahun ini dengan kerjasama classmates daku yang 2nd year dengan bimbingan lecturer comel, Dr. Aqilah. Apa yang aku bagitau nie based on apa yang aku dengar dari diorang(classmates) sebab aku tak amek port jadi ajk dinner. Niat nak jadi ajk tu ada sebenarnya tapi bila dah terlambat book hmm jadi malas lah pulak nak join jadi ajk 😆. Lagi pulak event tu tinggal lagi 2 minggu nak kena settle masa tu jadi daku batalkan niat ku itu.

    Hari dinner , fuhh moment takleh lupa , kemain lagi plan nak naik kereta sekali ngan kawan Dila, Pastuh tetiba Dila call cakap kereta Jiha takleh nak hidup, dan dengan sepantas kilatnya Amal mencapai fonnya dan terus book Uber. Satu hal pulak jadi, Uber sesat masuk UKM dalam 15 minit jugak kitorang tunggu. Pastuh Uber tu call cakap suruh cancel je haiyaa mana tak panasnya 15 minit kot tunggu okay dengan bajunya meleret macam orang nak kawin 😑pastuh ingat nak request Jom Tumpang UKM tuptup tetiba pulak Uber tadi dah ade depan busstop, nasib tak request lagi masa tu.

   Sampai je dewan tu, tengok dalam dewan dah penuh punyalah lambat sampaikan nak cari no meja pon dekat 5 min 😂 Nak jalan sampai meja tu dahlah kena lalu red carpet fuhh rasa macam nak gi amek award pulak haa. Tapi serius gua segan masa lalu red carpet tu sebab lambat satu pastuh sebab masa tu Prof Bahiah tengah bagi ucapan kat podium depan tu. Daku tebalkan muka ku saja 😅 Habis makan , tengok persembahan, apa lagi haa , aktiviti berselfie pon bermula lah! Gambar aku sertakan kat bawah ye.

    Tapi , apa yang paling aku impress adalah even diorang punya masa 2 minggu je untuk prepare semua benda termasuklah booking dewan, buat kad jemputan bagi kat lecturer, buat deco dewan dan based on aku punya perspective it went well kot on that day. Mana taknya , aku tukang makan dengan tepuk tangan je duk kat meja 😂 Good job guys , I'm proud to be JKEES-ian ! Oh lupa pulak nak cakap , kitorang punya dinner buat dekat Bangi Golf Resort. Tema malam tu sepatutnya smart casual, tapi aku Amal, Kina, Dila pakai baju macam nak pi kenduri kawin 😆. Tapi lantaklaa , asalkan pakai baju menutup aurat dan support program member handle , kan ?

Goodies yang comel.



Payung selfie dengan boss @by.alid





Jabatan Kejuruteraan Elektrik Elektronik dan Sistem Tahun 2

Harapan aku adalah aktiviti macam nie akan dijayakan lagi untuk tahun seterusnya ! Goodluck semua semoga terus tabah untuk hadap muka masing2 lagi 2 tahun okay 😂😂😂

p;s: masa tulis entry nie baru lepas habis last paper midsem subjek Teori Komunikasi zzzzz

You Might Also Like

0 comments

Kalau sudi , comment laa sini ^_^