Life Degree di UKM

01:24


   Assalamualaikum ,

   Hi gais . So , harini aku nak cerita tentang life aku sekarang which is life yang quite stress every semester , life masa degree . (Ceitt , cakap macam dah nak habis 8 semester) . Aku dah lama nak buat entry pasal nie tapi tak berkesempatan tambah lagi dengan wifi yang agak slow di Kolej Pendeta Zaba ini . Pasrah jelah hidup ini even dah bayar yuran wifi pon still takleh pakai . Nasib lahhhhhh .

   So straight to the point sekarang aku dah masuk sem 2 di alam degree , course Kejuruteraan Komunikasi dan Komputer , Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina , Universiti Kebangsaan Malaysia. Alhamdulillah rezeki sebab dapat sambung pengajian even result kat matriks takdelah gempak sangat macam member-member aku yang lain. Kenapa pilih engineering padahal aku minat medic ? Sebabnya adalah sebab result masa matrik itu , Biology aku tak berapa boleh diterima . Sedih weh subjek paling aku minat masa SPM tak dapat A. Paling mengejutkan apabila subjek paling aku tak suka , boleh pulak perform sikit haish . Tapi , course yang aku amek sekarang adalah sangat tough bagi aku sebab course nie banyak jugak relate dengan elektrik elektronik, dan course ini adalah satu benda yang baru bagi aku as selama nie aku tak terfikir dan tak minat langsung nak amek engineering . Mungkin nie ada hikmah nya , kenapa Allah tentukan aku dapat course nie .

   Bila dah masuk alam universiti nie , macam-macam buat aku rasa baru dan alam universiti tak sebahagia yang kita bayangkan macam dalam novel-novel cinta hahaha. Alam u sangat busy dan dipenuhi dengan assignments dan bila dah nak habis sem je , lecturer akan bagi bertimbun2 assignment tak lupa jugak dengan project2 yang membuatkan aku rasa stress tahap 9999x sampai kau akan rasa nak menangis je sepanjang tempoh tu.#Hiperbola . Yang aku paling suka adalah bila aku dapat kawan yang boleh ngam ngan aku even mula-mula nak kenal tu , haih kemain awkwardnya memasing hahahaha . Sekarang nie pon aku rasa , kitorang jugaklah yang paling bising dalam kelas dan paling poyo kot hahahahahaha. Tapi bagi aku diorang sangat bagus sebab diorang selalu ingatkan aku apa aku perlu buat dan kekadang ada lah jugak bagi nasihat sikit sikit kan . P/s : aku kawan ngan kakak-kakak yang suka bagi nasihat kekadang suka buli aku sebab diorang jeles kahkahkah

 Inilah dia budak-budak poyo dalam Jabatan Kejuruteraan Elektrik Elektronik.
P/s : Sorry wan tengah tido

First time makan boat noodle ngan diorang camni lah jadinya yeee

   Tapi satu je , masuk alam u nie , jangan lupa parents betapa susahnya mereka , terutamanya bila mereka sanggup nak datang hantar aku jauh-jauh nak suruh aku belajar biar dapat kerja elok2 haih tetiba pulak rasa berhabuk mata nie . Rindu nya ma abah , tapi sebelum habis tulis entry nie , nah akak payung gambar masa first2 masuk UKM sem lepas . Wkwkwkwkwk selamat malam

Bakal engineer berdedikasi, InshaALLAH



You Might Also Like

1 comments

  1. assalamualaikum , boleh tak kalau nak tahu syarat nak masuk ukm lepasan diploma . tak berapa nak faham 'dan' dengan 'atau' dekat syarat masuk ukm tu . saye kelulusan diploma EE

    ReplyDelete

Kalau sudi , comment laa sini ^_^